Friday, July 16, 2010

DAHAN JATUH

Bahan Kek :

150 gram gula Melaka (hiris halus-halus)

120 gram mentega

120 gram tepung gandum ] ayak bersama

I sudu the baking powder ]

2 sudu makan madu (table spoon)

1 sudu the rempah kuih

5 biji telur

Cara :

1. Pukul mentega dan gula Melaka hingga kembang. Masukkan telur sebiji, sebiji pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan madu, rempah kuih dan tepung gandum dan kacau rata.

3. Bakar dalam tin bentuk ‘log’


Bahan Cendawan (hiasan) :

1 putih telur

60 gram gula

60 gram air sejuk

Cara :

1. Pukul putih telur dan gula hingga jadi meringue, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit.

2. Bentukkan jadi cendawan

( Saya sesungguhnya tak tahu bagaimana nak membentuknya sebab Mak tak pernah pun buat cendawan ni, selalunya cuma buat keknya sahaja. Tapi keknya memang sedap. Tidak kek moden yang sesedap atau punyai rasa sehebat kek ini)

Bahan Buttercream:

(ni Mak selalu buat dan kami pun suka sebab sedap dan tak macam icing sekarang, rasa krimwell !)

120 gram mentega

75 gram gula castor

45 gram air sejuk

Rempah Kuih : jintan manis, bunga cengkih dan buah pelaga, jadikan serbuk.

Sunday, July 11, 2010

KEK ARNAB

3 oz gula castor
3 oz butter
3 biji telur
3 oz tepung gandum
2 sudu koko powder
Sedikit baking powder, sedikit vanili

Cara :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur
2. Masukkan tepung, koko powder dan baking powder yang telah diayak sekali
3. Gaul rata dan masukkan vanili
4. Masukkan dalam tin bentuk arnab yang telah disapu marjerin dan diletak sedikit tepung (sapu marjerin dulu, lepas tu taburkan sedikit tepung.
5. Bakar hingga masak

Buttercream
3 oz mentega
2 oz gula castor
½ oz air sejuk
Desiccated coconut
Cherry merah

Cara :
1. Pukul gula dan mentega hingga putih
2. Masukkan air sejuk sikit, sikit hinnga habis sambil pukul buttercream
3. Sapukan buttercream pada kek arnab yang telah sejuk
4. Taburkan desiccated coconut pada buttercream dan ambil ceri merah, jadikan mata arnab.

GATEAU AFRICA

Kek
7 oz gula castor
7 oz butter
7 oz tepung gandum
3 oz serbuk badam
5 biji telur
½ tin susu cair (evaporated milk)
¼ sudu the baking powder
Sedikit vanili

Cara :
1. Pukul telur dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga telur naik.
2. Masukkan tepung yg telah di ayak dengan baking powder dan sebuk badam dan gaul rata.
3. Masukkan susu dan vanili.
4. Masukkan adunan dalam tin kek yg telah dialas dan disapu mentega.
5. Bakar hingga masak

Biskut (untuk hiasan kek)
1 oz gula castor
1 oz butter
3 oz tepung
1 merah telur
Sedikit baking powder, sedikit vanili

Cara :
1. Gaul gula dan butter (guna tangan) dan masukkan merah telur.
2. Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder dan vanili
3. Jadikan doh biskut, canai dan terap ikut suka
4. Bakar hingga masak

Buttercream
5 oz butter
3 oz gula aising
1 ½ oz air sejuk

Cara :
1. Pukul butter dan gula aising hingga putih
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga jadi buttercream.