Friday, July 16, 2010

DAHAN JATUH

Bahan Kek :

150 gram gula Melaka (hiris halus-halus)

120 gram mentega

120 gram tepung gandum ] ayak bersama

I sudu the baking powder ]

2 sudu makan madu (table spoon)

1 sudu the rempah kuih

5 biji telur

Cara :

1. Pukul mentega dan gula Melaka hingga kembang. Masukkan telur sebiji, sebiji pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan madu, rempah kuih dan tepung gandum dan kacau rata.

3. Bakar dalam tin bentuk ‘log’


Bahan Cendawan (hiasan) :

1 putih telur

60 gram gula

60 gram air sejuk

Cara :

1. Pukul putih telur dan gula hingga jadi meringue, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit.

2. Bentukkan jadi cendawan

( Saya sesungguhnya tak tahu bagaimana nak membentuknya sebab Mak tak pernah pun buat cendawan ni, selalunya cuma buat keknya sahaja. Tapi keknya memang sedap. Tidak kek moden yang sesedap atau punyai rasa sehebat kek ini)

Bahan Buttercream:

(ni Mak selalu buat dan kami pun suka sebab sedap dan tak macam icing sekarang, rasa krimwell !)

120 gram mentega

75 gram gula castor

45 gram air sejuk

Rempah Kuih : jintan manis, bunga cengkih dan buah pelaga, jadikan serbuk.

No comments:

Post a Comment