Sunday, August 15, 2010

Jem Manggis

2 gelas isi manggis
2 gelas gula pasir
1/2 gelas isi betik
1 camt air limau
sedikit halia muda

Cara :
Masukkan semua dalam kuali dan kacau pada api kecil hingga pekat. Masukkan air limau. Kacau lagi. Tutup api bila jem telah benar-benar likat.

Bangkit Kelapa

Bahannya :
1 mangkuk gula halus
1 mangkuk kelapa parut tanpa kulit ari, direndang sampai kering dan kuning sedikit.
2 mangkuk tepung ubi
3 biji telur
1 camca teh esen vanilla (saya letak esen pandan. zaman dulu2 ada esen vanilla jer)

Cara membuatnya:
1. Sediakan kelapa.
2. Dalam sebuah besen, campurkan tepung sagu, gula dan kelapa. Gaul rata.
3. Pukul telur dalam bekas lain dan letakkan esen vanilla.
4. Basahkan tepung dengan telur sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi adunan yg boleh dicanai.
5. Canai dan terap dengan pencitak kesukaan anda.
6. Bakar hingga kuning.

Nota:
Kesukaan nenek saya, Allahyarham Hajjah Asmah Said. Nenek tak makan langsung butter/marjerin, jadi cuma boleh makan bangkit sahajalah. Al-Fatihah buat nendaku.

Nestum Biscuit

4 cups nestum
1 1/2 cup castor sugar
1 cup peanuts (fried and pound)
1 cup flour]
1/2 taspoon baking powder]sift together
4 egg yolks
8 oz butter

Method :
1. Beat butter and sugar
2. Add in eggs, mixed well.
3. Add in flour, peanuts and nestum and form a dough.
4. Shape into small balls and bake.

Melting Moment Biscuit

1 paun butter
1 tin cornflour (cap kupu-kupu)]
1 tin tepung gandum (guna tin cornflour)] sift together
1 teaspoon baking powder]
1 tin desicated coconut
1 tin castor sugar
2 eggs
cherries to decorate cookies

Method :

1. Cream butter and sugar. Add in eggs. Mixed well.
2. Fold in all flour, mixed well and form a dough.
3. Shape dough into small balls and roll each in coconut. Flatten slightly.
4. Placa a slice of cherry on top.
5. Bake.

Wednesday, August 4, 2010

Biskut Nestum

Bahan :
4 cawan nestum (6 oz)
1 1/2cawan castor sugar
8 oz mentega
1 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk (jgn halus sangat)
1 cawan tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder, ayak
4 biji kuning telur
sedikit vanilla

Cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur
2. Masukkan esen vanilla, gaul lagi
3. Masukkan tepung, nestum dan kacang, uli
4. Bulat-bulatkan dan bakar sampai masak

Bangkit China

Bahan :

1 mangkuk telur
1 mangkuk gula pasir
2 mangkuk tepung sagu, direndang (goreng tanpa minyak),ayak
1 1/2 cawan tepung jagung
2 biji kelapa, parut tanpa kulit ari dan perah tanpa air

Cara :
1. Pukul gula dan telur hingga kembang dan putih, tapis dengan kain jarang.
2. Campurkan kedua jenis tepung dan ayak bersama.
3. Dalam sebuah mangkuk adunan, uli kedua tepung dengan telur dan santan yang dimasukkan sedikit, sedikit, bergilir-gilir.
4. Uli hingga jadi doh yang boleh dicanai
5. Terap dengan acuan pilihan anda dan bakar hingga masak

Biskut ala Kipas

Bahan :

3 oz gula halus
4 oz marjerin
6 oz tepung gandum, ayak
1 1/2 oz desicated coconut
2 biji kuning telur (dipukul sebentar)
sedikit esen pandan
2 biji putih telur (pukul sebentar)

Cara :
1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur.
2. Masukkan tepung yg telah bercampur dgn desicated coconut
3. Uli sampai rata dan simpan dalam petiais sebentar
4. Canai dan terap dengan acuan berbentuk kipas
5. Sapukan biskut dengan putih telur dan bakar.
6. Apabila sudah kuning, keluarkan dan sejukkan.
7. Boleh juga dihias dengan aising berbentuk riben kecil

Sultana Peranchis

Bahan:
8 oz gula halus
8 oz mentega
14 oz tepung gandum ]
1 sudu teh baking powder] ayak bersama
1 1/2 cawan cornflakes (ramas, hancurkan sedikit)
1/2 cawan desicated coconut
1 cawan kismis
2 biji telur
Cherry untuk hiasan

Cara :
1. Gunakan tangan, pukul gula dan mentega. Masukkan telur dan kacau rata hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yg telah dicampurkan dengan cornflakes, kelapa dan kismis
4. Sudu-sudukan ke dulang pembakar dan hiaskan dengan ceri
5. Bakar hingga masak

Biskut Cornflakes

Bahan :
1 kotak Kellogg cornflakes (medium box), hancurkan (jgn sampai jadi serbuk)
2 biji telur
270 gm mentega
180 gm gula castor
300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
sedikit vanilla
sedikit ceri merah

Cara :
1. Dengan tangan, gaulrata mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan gaul hingga rata
3. Masukkan tepung yang telah di campurkan dengan cornflakes
4. Jadikan doh.
5. Sudukan ke dulang pembakar, hias dengan ceri di atasnya.
6. Bakar hingga masak.