Bahan :
1 mangkuk telur
1 mangkuk gula pasir
2 mangkuk tepung sagu, direndang (goreng tanpa minyak),ayak
1 1/2 cawan tepung jagung
2 biji kelapa, parut tanpa kulit ari dan perah tanpa air
Cara :
1. Pukul gula dan telur hingga kembang dan putih, tapis dengan kain jarang.
2. Campurkan kedua jenis tepung dan ayak bersama.
3. Dalam sebuah mangkuk adunan, uli kedua tepung dengan telur dan santan yang dimasukkan sedikit, sedikit, bergilir-gilir.
4. Uli hingga jadi doh yang boleh dicanai
5. Terap dengan acuan pilihan anda dan bakar hingga masak
No comments:
Post a Comment